Showing posts with label Penentuan Keseimbangan Pendapatan Negara dalam Ekonomi 4 Sektor. Show all posts
Showing posts with label Penentuan Keseimbangan Pendapatan Negara dalam Ekonomi 4 Sektor. Show all posts

Dengan menggunakan rajah bocoran-suntikan, terangkan proses penentuan keseimbangan pendapatan negara sebuah ekonomi terbuka………..[6]

Keseimbangan pendapatan negara sebuah ekonomi terbuka dicapai apabila S + T + M = I + G + X

Keseimbangan pendapatan negara dicapai pada titik E apabila S + T + M = I + G + X pada pendapatan negara Y0.

Pada pendapatan negara Y1, suntikan, iaitu (I + G + X) ialah Y1a, manakala bocoran, iaitu (S + T + M) ialah Y1b. Oleh itu, suntikan melebihi bocoran sebanyak ab. Lebihan suntikan menyebabkan pendapatan negara bertambah dan akhirnya mencapai keseimbangan pada titik E apabila S + T + M = I + G + X pada pendapatan negara Y0.

Pada pendapatan negara Y2, suntikan, iaitu (I + G + X) ialah Y2c, manakala bocoran, iaitu (S + T + M) ialah Y2d. Oleh itu, bocoran melebihi suntikan sebanyak cd. Lebihan bocoran menyebabkan pendapatan negara berkurang dan akhirnya mencapai keseimbangan pada titik E apabila S + T + M = I + G + X pada pendapatan negara Y0.

Ekonomi Terbuka

  1. Ekonomi terbuka merujuk kepada ekonomi yang wujudnya perdagangan antarabangsa.
  2. Ekonomi terbuka juga dikenali sebagai Ekonomi Empat Sektor yang terdiri daripada sektor isi rumah, sektor firma, sektor kerajaan, dan sektor negara asing.
  3. Perdagangan antarabangsa mempengaruhi tingkat keseimbangan pendapatan negara (Y):
    1. Eksport (X) meningkatkan Y manakala Import (M) merendahkan Y.
    2. Y meningkat jika eksport bersih (X − M) meningkat.
    3. Y menurun jika eksport bersih (X − M) menurun.

Aliran Pusingan Pendapatan

  1. Pelaburan (I), Perbelanjaan Kerajaan (G) dan Eksport (X) merupakan suntikan yang akan meningkatkan Y.
  2. Tabungan (S), Cukai (T) dan Import (M) merupakan bocoran yang akan merendahkan Y.

Aktiviti Kelas
Lukiskan Carta Aliran Pusingan Pendapatan Dalam Ekonomi Terbuka.

Fungsi Eksport (X)

Fungsi Eksport menunjukkan hubungan antara eksport dengan pendapatan negara dalam sesebuah ekonomi.

Keluk fungsi eksport berbentuk garis mendatar menunjukkan bahawa X tidak dipengaruhi secara langsung oleh Y. Y↑ atau ↓ tetapi X adalah malar.

Faktor-faktor ΔX selain daripada Y (Fungsi X naik ke atas / turun ke bawah secara selari)

  1. Perubahan cita rasa pengguna negara asing (kesan +)
  2. Perubahan pendapatan negara asing (kesan +)
  3. Perubahan kadar pertukaran asing − X↑ jika kadar pertukaran asing Malaysia ↓
  4. Perubahan teknologi pengeluaran − Kos pengeluaran ↓, harga X ↓, DD negara luar ↑.
  5. Dasar perdagangan negara asing − Masalah sekatan perdagangan seperti tarif, kuota import, embargo dll.
  6. Berlakunya inflasi dalam negara − Kos eksport ↑, harga eksport ↑, DD negara asing ↓.

Huraian guru dalam kelas tentang bentuk graf untuk fungsi X apabila X ↑↓.

Huraian guru dalam kelas tentang tentang Hasil Eksport = Harga Eksport × Kuantiti Eksport

Fungsi Import

Fungsi Import menunjukkan hubungan antara import dengan pendapatan negara dalam sesebuah ekonomi.

Keluk Fungsi Import mencerun ke atas dari kiri ke kanan, menunjukkan bahawa M dipengaruhi secara langsung oleh Y: Y↑ M↑ manakal Y↓ M↓

Faktor-faktor ΔM selain daripada Y (Fungsi M anjak ke kanan/ kiri secara selari apabila M naik/ turun)

  1. Perubahan cita rasa pengguna dalam negara. (kesan +)
  2. Perubahan kadar pertukaran asing : M↑ jika kadar pertukaran asing Malaysia ↑.
  3. Perubahan harga atau mutu barang pengganti import : harga barang pengganti import ↓ atau mutu barang pengganti import ↑, M↓
  4. Dasar perdagangan negara : Masalah sekatan perdagangan seperti tarif, kuota import, embargo dll.
  5. Berlakunya inflasi dalam negara : M↑ kerana harga import lebih murah (andainya negara asing tidak mengalami maslah inflasi)

Fungsi import: M = M0 + mY di mana M = import, M0 = import autonomi, m = kecenderungan mengimport sut (mpm) dan Y = pendapatan negara.

Aktiviti : Lukis graf M = 50 + 0.2Y.
Jelaskan hubungan antara M dan Y.
Aktiviti mengira M apabila Y ↑ daripada RM100 juta kepada RM200 juta.
Huraikan konsep mpm, apm, dan Import Autonomi.

Huraian tentang Hasil Import = Harga Import × Kuantiti Import

Penentuan Tingkat Keseimbangan Pendapatan Negara

Keseimbangan pendapatan negara untuk Ekonomi Terbuka ialah satu keadaan apabila jumlah perbelanjaan yang dilakukan oleh sebuah ekonomi yang terdiri daripada sektor isi rumah, sektor firma, sektor awam dan sektor luar negara adalah sama dengan jumlah barang dan perkhidmatan yang sanggup ditawarkan oleh ekonomi tersebut, atau perbelanjaan agregat (AE) sama dengan penawaran agregat (AS).

Pendekatan AS = AE

AS = Y + M
AE = C + I + G + X
AS = AE
Y + M = C + I + G + X
Y = C + I + G + (X − M) di mana (X − M) ialah eksport bersih.

  1. Pendekatan Suntikan = Bocoran

    Suntikan J = I + G + X
    Bocoran W = S + T + M
    J = W
    I + G + X = S + T + M
  2. Huraian Guru tentang Keseimbangan Pendapatan Negara Dengan Kaedah Rajah (Melukis graf kemudian hurakan)
    1. Pendekatan AS = AE
    2. Pendekatan Suntikan = Bocoran
  3. Penentuan Keseimbangan Pendapatan Negara melalui pendekatan persamaan:
    1. Berasaskan soalan berikut:
      Andaikan C = 50 + 0.8Yd,
      I =300,
      G= 100,
      M = 20 +0.2Y,
      T = 50,
      X = 100.
      Cari Y.

      Y = C + I + G + (X − M)
      Y = 50 + 0.8(Y − 50) + 300 + 100 + (100 − 20 − 0.2Y)
      Y = 50 + 0.8Y − 40 + 400 + 80 − 0.2Y
      Y = 490 + 0.6Y
      0.4Y = 490
      Y = 1225

Kesan AE terhadap Y

  1. ΔC, ΔI, ΔG, atau ΔX ↑ ⇒ ΔY ↑
  2. ΔS, ΔT, ΔM ↑ ⇒ ΔY ↓
  3. Huraian graf tentang ΔX terhadap ΔY (+)
  4. Huraian graf tentang ΔM terhadap ΔY (−)
  5. Huraian graf tentang (ΔX − ΔM) terhadap ΔY (+)