Showing posts with label Wang Harga dan Aktiviti Ekonomi. Show all posts
Showing posts with label Wang Harga dan Aktiviti Ekonomi. Show all posts

Dengan memberikan rajah yang sesuai, terangkan perbezaan antara permintaan wang untuk tujuan urus niaga dengan permintaan wang untuk tujuan spekulasi..........[6]


Permintaan wang untuk tujuan urus niaga merupakan permintaan wang untuk membeli barang dan perkhidmatan. Permintaan wang untuk tujuan urus niaga dipengaruhi oleh pendapatan negara. Semakin tinggi pendapatan negara, semakin tinggi permintaan wang untuk tujuan urus niaga. Ini dapat ditunjukkan pada rajah (a). Pada pendapatan negara Y0, permintaan wang untuk tujuan urus niaga ialah M0. Apabila pendapatan negara meningkat ke Y1, permintaan wang untuk tujuan urus niaga meningkat ke M1. Ini bermakna wujud hubungan positif antara permintaan wang untuk tujuan urus niaga dengan pendapatan negara.

Permintaan wang untuk tujuan spekulasi merupakan permintaan wang untuk mendapat keuntungan dengan membeli bon pada harga rendah dan menjual semula pada harga tinggi. Permintaan wang untuk tujuan spekulasi dipengaruhi oleh kadar bunga. Semakin tinggi kadar bunga, semakin rendah harga bon dan permintaan wang untuk tujuan spekulasi akan berkurang. Sebaliknya, semakin rendah kadar bunga, semakin tinggi harga bon dan permintaan wang untuk tujuan spekulasi akan meningkat. Ini dapat ditunjukkan pada rajah (b). Pada kadar bunga yang tinggi, iaitu r0, permintaan wang untuk tujuan spekulasi ialah M0. Apabila kadar bunga turun ke r1, permintaan wang untuk tujuan spekulasi meningkat ke M1. Ini menunjukkan wujud hubungan negatif antara permintaan wang untuk tujuan spekulasi dengan kadar bunga.



Teori Kuantiti Wang Fisher

Diperkenalkan oleh Profesor Irving Fisher, seorang ahli ekonomi Amerika terkenal.

Teori Kuantiti Wang ialah teori yang menjelaskan hubungan antara bekalan wang dengan tingkat harga umum.

Ia menyatakan bahawa permintaan wang adalah dipengaruhi oleh jumlah urus niaga dalam ekonomi. Oleh itu, permintaan wang akan bertambah apabila jumlah urus niaga dalam ekonomi bertambah.

Mengikut Analisis Fisher

MV = PT

dimana
M=Bekalan wang / penawaran wang dalam ekonomi
V=

Halaju pusingan wang (kekerapan satu unit mata wang bertukar tangan dalam ekonomi) = Pendapatan negara (Y) / Penawaran wang (M)

P=

Tingkat harga umum (harga purata semua barang dan perkhidmatan yang diurusniagakan dalam ekonomi).

T=

Jumlah urus niaga iaitu jumlah keluaran yang dijualbeli dalam ekonomi.

Andaian-Andaian Teori Kuantiti Wang

Nilai V adalah tetap
Mengikut Fisher, V ditentukan oleh aktiviti urus niaga, institusi kewangan dan sistem pembayaran gaji yang bersifat tetap dalam jangka pendek.

Nilai T adalah tetap
Mengikut Fisher, ekonomi selalunya mencapai guna tenaga penuh. Oleh itu, jumlah keluaran tidak dapat ditambahkan.

Oleh itu, perubahan M akan menyebabkan perubahan P pada kadar yang sama.

Kelemahan Teori Kuantiti Wang Fisher

Andaian bahawa halaju pusingan wang (V) adalah tetap berdasarkan andaian ekonomi lebih stabil dalam jangka masa pendek adalah tidak benar.
Dalam keadaan sebenar, halaju pusingan wang sentiasa berubah. Semasa inflasi, halaju pusingan wang akan meningkat dan sebaliknya, semasa deflasi, halaju pusingan wang akan merosot.

Andaian bahawa ekonomi sentiasa mencapai guna tenaga penuh dan jumlah keluaran adalah tetap adalah tidak benar.
Dalam keadaan sebenar, guna tenaga penuh jarang berlaku dalam sesebuah ekonomi. Apabila permintaan agregat bertambah semasa ekonomi melambung, jumlah keluaran akan bertambah dan kadar pengangguran akan berkurangan (dan guna tenaga penuh mungkin dicapai) dan sebaliknya, semasa ekonomi meleset, jumlah keluaran akan berkurangan dan kadar pengangguran akan meningkat.

Andaian tentang P hanya dipengaruhi oleh M adalah tidak benar. P turut dipengaruhi oleh V dan T melalui rumus P = MV / T.

Teori kuantiti wang tidak mengambil kira kesan perubahan permintaan wang terhadap tingkat harga umum. Apabila permintaan wang untuk tujuan urus niaga bertambah, V dan T akan bertambah.

Teori kuantiti wang tidak mengambil kira kesan perubahan kadar bunga terhadap tingkat harga umum.
Kejatuhan kadar bunga semasa keadaan ekonomi meleset akan meningkatkan jumlah pelaburan dan penggunaan. Ini seterusnya akan meningkatkan permintaan agregat dan menaikkan tingkat harga umum. Sebaliknya, peningkatan kadar bunga semasa inflasi akan meningkatkan tabungan dan mengurangkan pelaburan. Ini seterusnya akan mengurangkan permintaan agregat dan menurunkan tingkat harga umum.

Analisis Cambridge (M = kPT)

Teori kewangan yang diperkenalkan oleh Alfred Marshall, seorang ahli ekonomi British.
Marshall menyatakan bahawa perubahan penawaran wang akan menyebabkan perubahan tingkat harga umum dengan kadar yang sama (% ΔM = %ΔP).

M = kPT dimana
M=penawaran wang
P=tingkat harga umum
T=jumlah urus niaga
k=Jumlah urus niaga iaitu jumlah keluaran yang dijualbeli dalam ekonomi.

Oleh kerana MV = PT dan M = kPT, maka boleh disimpulkan bahawa

kPTV = PT

atau

kV =1

Ini bermaksud k = 1 / V

    Teori Pilihan Kecairan Keynes

    Permintaan wang bermakna pilihan kecairan atau pilihan ketunaian.

    Orang ramai tetap hendak memegang wang tunai walaupun menerima bayaran faedah apabila menabung di bank perdagangan.

    Permintaan wang dalam ekonomi adalah dipengaruhi oleh tujuan urus niaga, awasan, dan speklulasi.

    Permintaan Wang — Tujuan Urus Niaga

    Sektor isi rumah meminta wang tunai untuk membeli barang-barang dan perkhidmatan. Sektor firma meminta wang tunai untuk membeli faktor-faktor pengeluaran.

    Permintaan wang untuk tujuan urus niaga bergantung pada pendapatan. Apabila pendapatan meningkat, permintaan wang untuk tujuan urus niaga akan meningkat, dan sebaliknya, apabila pendapatan merosot, permintaan wang untuk tujuan urus niaga akan berkurangan.

    Permintaan wang untuk tujuan urus niaga tidak bergantung pada kadar bunga.

    Permintaan Wang — Tujuan Awasan

    Sektor isi rumah meminta wang tunai untuk membayar perbelanjaan di luar dugaan seperti membayar bil hospital atau bil membaiki kereta. Sektor firma meminta wang tunai untuk menjelaskan perbelanjaan yang tidak dirancangkan seperti menjelaskan bil membaiki kilang yang rosak akibat malapetaka atau menjelaskan bil bahan mentah yang telah naik harga secara tiba-tiba.

    Permintaan wang untuk tujuan awasan bergantung pada pendapatan. Apabila pendapatan meningkat, permintaan wang untuk tujuan awasan akan meningkat, dan sebaliknya, apabila pendapatan merosot, permintaan wang untuk tujuan urus niaga akan berkurangan.

    Permintaan wang untuk tujuan awasan tidak bergantung pada kadar bunga.

    Permintaan Wang — Tujuan Spekulasi

    Wang untuk tujuan spekulasi akan digunakan untuk membeli bon atau saham bagi tujuan memperoleh keuntungan. Keuntungan akan diperoleh daripada kegiatan spekulasi dalam pasaran apabila membeli saham atau bon pada harga rendah dan menjualnya pada harga tinggi.

    Permintaan wang bagi tujuan spekulasi bergantung pada tingkat kadar bunga. Apabila kadar bunga tinggi, permintaan wang bagi tujuan spekulasi adalah rendah, dan sebaliknya, apabila kadar bunga rendah, permintaan wang bagi tujuan spekulasi adalah tinggi.

    Terbitan Keluk Permintaan Wang

    Penawaran Wang

    1. Dikawal oleh bank pusat.
    2. Jumlah penawaran wang tidak dipengaruhi oleh perubahan dalam kadar bunga.
    3. Mempengaruhi kestabilan ekonomi dan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Penawaran wang berlebihan mewujudkan masalah inflasi. Penawaran wang yang sedikit mewujudkan kelembapan pertumbuhan ekonomi / kemelesetan ekonomi dan masalah pengangguran.
    4. Bagi menjamin penawaran wang sentiasa mencukupi, pengeluaran wang (oleh bank pusat) dan penciptaan kredit (oleh bank perdagangan) dikawal rapi oleh Bank Pusat.

    Keseimbangan Permintaan dan Penawaran Wang: Keseimbangan Kadar Bunga

    Perubahan Keseimbangan Kadar Bunga


    Kegunaan Teori Pilihan Kecairan Keynes

    Menjelaskan kesan akhir pertambahan penawaran wang terhadap tingkat harga umum apabila ekonomi belum mencapai guna tenaga penuh


    Menjelaskan kesan pertambahan Wang Terhadap Aktiviti Ekonomi Pada Tingkat Guna Tenaga Penuh