Showing posts with label Aliran Perdagangan Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Aliran Perdagangan Malaysia. Show all posts

Pengenalan

Keteguhan ekonomi Malaysia sangat bergantung kepada arahan aliran dalam harga dan kuantiti eksport-import.
Bahagian eksport-import barangan ialah 70-85% daripada KNK pada tahun 1990-an.

Komposisi, Arah Aliran dan Perubahan Struktur Eksport Barang Malaysia

  1. Komposisi Eksport Barang Malaysia terdiri daripada barang pertanian seperti getah. kayu balak, minyak kelapa sawit dll, Barang logam/ Galian seperti bijih timah, petroleum, gas asli cecair dll, dan Barang Perkilangan seperti kelengkapan pengangkutan, makanan, mesin-mesin elektrik dan alat ganti dll.
  2. Komposisi eksport Malaysia telah mengalami perubahan besar dalam jangka masa 1960-2000. Peratus sumbangan barang pertanian berkurangan dan peratus sumbangan barang perkilangan bertambah.
  3. Kemerosotan sumbangan barang pertanian berlaku kepada eksport getah manakala eksport kayu balak dan minyak kelapa sawit menampakkan kenaikan.
  4. Eksport bijih timah telah merosot semenjak tahun 1970 disebabkan oleh penutupan lombong-lombong bijih timah. Kepentingan eksport bijih timah telah diambil alih oleh eksport petroleum.
  5. Eksport barang perkilangan telah meningkat daripada 8.5% pada 1960 kepada 88.6% pada 2000. Pertambahan yang nyata berlaku dalam pengeksportan mesin-mesin elektrik dan alat ganti.
  6. Eksport barang perkilangan yang semakin meningkat menggambarkan perubahan dalam struktur pengeluaran Malaysia yang mengurangkan pergantungan kepada keluaran komoditi utama. Dasar mempelbagaikan ekonomi yang dilaksanakan untuk mengurangkan kesan buruk ketidakstabilan harga komoditi utama telah menggalakkan perkembangan pesat dalam jumlah eksport serta perluasan barang eksport baru.
  7. Perkembangan pesat dalam eksport barang perkilangan terjadi selepas penubuhan zon-zon perdagangan bebas pada tahun 1972. Mesin-mesin elektrik dan alat ganti adalah keluaran utama.
  8. Pada tahun 1980, komposisi eksport barang Malaysa dibezakan kepada barang utama (barang pertanian dan bahan logam) dan barang perkilangan. Eksport barang utama ialah penyumbang terbesar kepada pendapatan eksport pada 1960-1985 walaupun sumbangannya semakin merosot. Mulai tahun 1990, eksport barang perkilangan telah menjadi penyumbang terbesar kepada pendapatan eksport Malaysia.
  9. Prestasi eksport barang utama dan barang perkilangan terus meningkat pada abad ke-21 kerana struktur eksport yang semakin luas dan kedudukan barang perkilangan yang lebih kompetitif di pasaran antarabangsa.
  10. Namun begitu, Malaysia perlu mempelbagaikan lagi komposisi barang perkilangan untuk mengurangkan kesan negatif pengaruh luar yang boleh menjejaskan eksport negara.

Komposisi, Arah Aliran dan Perubahan Struktur Import Barang Malaysia

  1. Komposisi Import Barang Malaysia terdiri daripada Barang Pengguna seperti makanan, minuman dan tembakau, barang keluaran kilang dll, Barang pelaburan seperti jentera pengangkutan dll, Barang Perantaraan seperti bahan mentah, bahan api, bahan kimia dll dan Import Bagi Eksport Semula.
  2. Import barang pengguna semakin berkurangan sejak tahun 1965 kerana usaha Malaysia memajukan industri penggantian import untuk mencapai tingkat mampu diri.
  3. Import barang pelaburan (terutamanya jentera dan kelengkapan) dan barang perantaraan (terutamanya untuk perkilangan dan pembinaan) meningkat selaras dengan perkembangan sektor perkilangan di Malaysia.
  4. Import barang pelaburan dan barang perantaraan pada masa kini ialah 80%-90% daripada jumlah import selaras dengan dasar perindustrian Malaysia.
  5. Import bagi eksport semula Malaysia terdiri daripada bijih timah dan gas asli. Arah aliranya turun naik.
  6. Usaha perlu dilakukan untuk meningkat eksport dan mengurangkan import untuk memperbaiki imbangan perdagangan dan imbangan pembayaran Malaysia.

Komposisi, Arah Aliran dan Perubahan Struktur Eksport-Import Perkhidmatan Malaysia

  1. Komposisi Eksport-Import Perkhidmatan Malaysia terdiri daripada Perkapalan dan Insurans (khasnya pengangkutan laut), Pengankutan Lain (khasnya pengangkutan udara), Perjalanan (termasuk pendidikan di luar negara, pelancongan dan perjalanan untuk perniagaan), Pendapatan Pelaburan (pembayaran kepada pelaburan asing dan pembayaran bunga terhadap hutang luar negara), Urus Niaga Kerajaan (perbelanjaan kedutaan di luar negara) dan Lain-Lain (termasuk bayaran kontrak dan profesional).
  2. Eksport dan Import Perkhidmatan Malaysia menunjukkan arah aliran yang meningkat. Namun begitu, Malaysia masih lemah dari segi engeksportan perkhidmatan ke luar negara memandangkan nilai eksport perkhidmatan sentiasa kurang daripada nilai import perkhidmatan Malaysia. Ini menimbulan masalah defisit dalam imbangan perkhidmatan Malaysia.
  3. Pada masa kini, Perjalanan merupakan penyumbang terbesar Eksport Perkhidmatan Malaysia, ekoran daripada galakan kerajaan dalam sektor pelancongan dan institusi pengajian tinggi.
  4. Pendapatan Pelaburan merupakan komponen import perkhidmatan terbesar Malaysia pada masa kini., akibat dariapada pelaburan asing dalam sektor perkilangan.
  5. Usaha memperbaiki imbangan perkhidmatan negara merupakan satu cabaran kepada kerajaan Malaysia.