Bank perdagangan mencipta kredit pinjaman berkali ganda daripada jumlah deposit semasa yang diterimanya daripada pelanggan dan seterusnya mempengaruhi bekalan wang dalam ekonomi.
Andaian-Andaian Proses Penciptaan Wang
- Peruntukkan nisbah rizab berkanun & nisbah harta cair. Contohnya 20%.
- Semua lebihan rizab dipinjamkan. Contohnya, baki 80% daripada jumlah deposit dipinjamkan.
- Semua deposit yang diterima merupakan deposit semasa.
- Semua urus niaga dibayar dengan cek.
- Tidak berlaku bocoran wang tunai daripada sistem bank.
- Suasana pelaburan adalah baik.
- Para pelabur mampu menyediakan cagaran untuk mendapatkan pinjaman bank.
Labels: Penciptaan Wang / Kredit
Proses Penciptaan Wang
Harta (RM) | Tanggungan (RM) | ||
|---|---|---|---|
| Rizab Pinjaman | 200 | Deposit semasa | 1000 |
Jumlah | 1000 | Jumlah | 1000 |
Katakan Encik B memasukkan RM800 ke dalam akaun semasanya di bank Y. Ini membolehkan Bank Y menyimpam RM160 (RM800 x 20%) sebagai rizab dan lebihan rizab RM640 (RM800 – RM160) dipinjamkan kepada Encik C untuk mendapatkan keuntungan. Bank Y akan mengeluarkan satu cek bernilai RM640 kepada Encik C.
Harta (RM) | Tanggungan (RM) | ||
|---|---|---|---|
Rizab | 160 | Deposit semasa | 800 |
Jumlah | 800 | Jumlah | 800 |
Proses penciptaan wang berterusan sehingga tiada lebihan rizab yang boleh dipinjamkan. Ini bermakna semua deposit semasa asal RM1000 daripada Encik A digunakan kesemuanya sebagai rizab oleh semua bank yang terlibat.
Labels: Penciptaan Wang / Kredit
Hasil Penciptaan Kredit
- Nilai pengganda wang
= 1 / nisbah rizab
= 1/ 20% = 5. - Jumlah deposit semasa
= deposit semasa asal x pengganda wang
= RM1000 x 5 = RM5000. - Jumlah rizab
= Rizab asal x pengganda wang
= RM200 x 5 = RM1000. - Jumlah kredit pinjaman dicipta
= Pinjaman asal x pengganda wang
= RM800 x 5 = RM4000. - Tambahan bekalan wang
= Jumlah deposit semasa – Deposit wang tunai
= RM5000 – RM1000 = RM4000. - Keseluruhan proses penggandaan wang:
| Bank | Harta (RM) | Tanggungan (RM) | |
| Rizab (20%) | Pinjaman (80%) | Deposit | |
| A B Lain-lain | 200 160 640 | 800 640 2560 | 1000 800 3200 |
| Jumlah (RM) | 1000 | 4000 | 5000 |
Dapatan-Dapatan
- Penciptaan deposit semasa = penciptaan wang kerana deposit semasa ialah sebahagian daripada bekalan wang M1.
- Bekalan wang dalam ekonomi akan bertambah berkali ganda apabila bank perdagangan mencipta deposit semasa.
- Deposit semasa = wang bank
- Deposit utama = deposit semasa asal RM1000 yang diterima oleh Bank A.
- Deposit derivatif = Deposit semasa baru RM4000 yang diwujudkan oleh semua bank berkenaan.
- Hanya bank-bank perdagangan boleh mencipta deposit semasa (wang) kerana pelanggan-pelanggannya menggunakan cek sebagai wang untuk semua pembayaran.
Labels: Penciptaan Wang / Kredit
Had-had Proses Penciptaan Wang
Labels: Penciptaan Wang / Kredit





