Showing posts with label Alasan Perlunya Perdagangan Antarabangsa. Show all posts
Showing posts with label Alasan Perlunya Perdagangan Antarabangsa. Show all posts

Perdagangan Antarabangsa

Perdagangan Antarabangsa ialah pertukaran barang dan perkhidmatan antara negara-negara melalui kegiatan eksport dan import.

Alasan Menjalankan Perdagangan Antarabangsa

Ahli-ahli ekonomi berpendapat perdagangan antarabangsa membolehkan negara-negara mengeluarkan barangan pada keluk kemungkinan pengeluaran tetapi mencapai penggunaan di luar keluk tersebut. Perdagangan antarabangsa membolehkan pecapaian tingkat kebajikan yang lebih tinggi.

Setiap negara mempunyai jenis dan mutu barangan yang berbeza. Perdagangan antarabangsa membolehkan para pengeluar memperluaskan pasaran barangan dan para pengguna menikmati pilihan barangan yang lebih luas dan mutu barangan yang lebih tinggi.

Sebab Mengapa Keluaran Setiap Negara Berbeza

Perbezaan sumber semula jadi

Perbezaan kemahiran buruh dan pengusaha

Perbezaan tingkat teknologi

Perbezaan cita rasa pengguna

Perbezaan corak penggunaan

Persaingan daripada firma asing menggalakkan firma tempatan berusaha meningkatkan kecekapan pengeluaran, menjalankan strategi memperluaskan pasaran antarabangsa dan berusaha meningkatkan pendapatan eksport. Para pengguna turut menikmati harga barangan import yang lebih murah.

Pengkhususan dalam pengeluaran membolehkan firma-firma menikmati ekonomi bidangan dan mengurangkan kos per unit (kos purata)keluaran.

Pandangan ahli ekonomi Adam Smith (yang mengemukakan Teori Faedah Mutlak dan David Ricardo (yang mengemukakan Teori Faedah Berbanding) tentang keuntungan daripada pengkhususan dan perdagangan bebas (pertukaran barang antara negara tanpa sekatan tarif, sudsidi eksport dan kawalan kastam), telah menjadi asas kepada perdagangan antarabangsa sehingga sekarang.