Cukai Tetap (Lump-sum)

Definisi Cukai Tetap

Cukai tetap juga dikenali sebagai cukai sekali gus atau cukai lump-sum.

Cukai lump-sum ialah cukai yang mempunyai jumlah yang tetap sama walaupun pendapatan meningkat atau merosot.

Misalnya, cukai sebanyak RM100 (T = 100) dikenakan terhadap individu tanpa mengambil kira tingkat pendapatan mereka.

Peningkatan cukai lump-sum akan menurunkan penggunaan autonomi (C) sebanyak ΔC = MPC × ΔT. Kesannya, perbelanjaan agregat mennurun.

Pengurangan cukai lump-sum akan meningkatkan penggunaan autonomi (C) sebanyak ΔC = MPC × ΔT. Kesannya, perbelanjaan agregat meningkat.

Kesan cukai tetap terhadap keluk penggunaan
Apabila cukai lump-sum dikenakan, pendapatan boleh guna akan merosot.

Kejatuhan pendapatan boleh guna menggurangkan penggunaan sebanyak ΔC = MPC × ΔT. Apabila penggunaan merosot, keluk perbelanjaan penggunaan akan beralih ke bawah secara selari.

Berdasarkan rajah di atas, apabila cukai lump-sum dikenakan, keluk penggunaan akan beralih ke bawah secara selari dari C ke C1 (dengan kecerunan yang tetap sama).


Analisis AS=AE
  1. Pada Titik L, AS = AE iaitu Y = C + I + G.
    Tingkat keseimbangan pendapatan negara asal = 0Y0.

  2. Apabila ΔT↑, AE0 → AE1 dan Y = C + I + G − ΔC (titik K).
    Kejatuhan keseimbangan pendapatan negara kepada 0Y1 mengikut nilai pengganda, M = ΔY/ΔC dimana ΔC = MPC × ΔT .

  3. Apabila ΔT↓, AE0 → AE2 dan Y = C + I + G + ΔC (titik M).
    Peningkatan keseimbangan pendapatan negara kepada 0Y2 mengikut nilai pengganda, M = ΔY/ΔC dimana ΔC = MPC × ΔT .

Analisis Suntikan-Bocoran
  1. Pada Titik Q, Suntikan = Bocoran iaitu I + G = S + T.
    Tingkat keseimbangan pendapatan negara asal = 0Y0.

  2. Apabila ΔT↑, W0 → W1 dan I + G = S + T + ΔT (titik P).
    Kejatuhan keseimbangan pendapatan negara kepada 0Y1 mengikut nilai pengganda, M = ΔY/ΔC dimana ΔC = MPC × ΔT .

  3. Apabila ΔT↓, W0 → W2 dan I + G = S + T − ΔT (titik R).
    Peningkatan keseimbangan pendapatan negara kepada 0Y2 mengikut nilai pengganda, M = ΔY/ΔC dimana ΔC = MPC × ΔT .