Cukai Berkadar

Definisi Cukai Berkadar

Cukai berkadar ialah cukai yang mempunyai kadar yang tetap sama walaupun pendapatan meningkat atau merosot.

Contohnya, cukai sebanyak 10% dikenakan daripada jumlah pendapatan (T = 0.1Y).

Kesan Cukai Berkadar Terhadap Penggunaan
Apabila cukai berkadar dikenakan, nilai kecenderungan mengguna sut (MPC) merosot dan ini akan menyebabkan keluk penggunaan menjadi lebih landai.

Berdasarkan rajah di atas, apabila cukai berkadar dikenakan, keluk penggunaan akan beralih dari C ke C1 dan menjadi lebih landai (tanpa mengubah nilai penggunaan autonomi).

Kesan Cukai Proposional (Cukai berkadar) terhadap AE
Analisis AS=AE
  1. Pada Titik L, AS = AE iaitu Y = C + I + G. Tingkat keseimbangan pendapatan negara asal = 0Y0.
  2. Apabila ↑+ΔT, AE0 → AE1, MPC ↓ dan Y = C + I + G − ΔC (titik K). Kejatuhan keseimbangan pendapatan negara kepada 0Y1 melalui proses pengganda M=1/[1−MPC(1−t)].
  3. Apabila ↓−ΔT, AE0 → AE2, MPC ↑ dan Y = C + I + G + ΔC (titik M). Peningkatan keseimbangan pendapatan negara kepada 0Y2 melalui proses pengganda M = 1/[1−MPC(1−t)].

Analisis Suntikan=Bocoran
  1. Pada Titik Q, Suntikan = Bocoran iaitu I + G = S + T. Tingkat keseimbangan pendapatan negara asal = 0Y0.
  2. Apabila ↑+ΔT, W0 → W1, MPS ↓ dan I + G = S + T + ΔT (titik P). Kejatuhan keseimbangan pendapatan negara kepada 0Y1 melalui proses pengganda M = 1/[1−MPC(1−t)].
  3. Apabila ↓−ΔT, W0 → W2, MPS ↑ dan I + G = S + T − ΔT (titik R). Peningkatan keseimbangan pendapatan negara kepada 0Y2 melalui proses pengganda M = 1/[1−MPC(1−t)].

    Penghitungan pengganda Cukai dengan formula M = 1/[1−MPC(1−t)]

    1. C = 300 + 0.6Y, T = 0.1Y.
      Cari M

      Cara Penyelesaian:
      M = 1 / [1 − 0.6(1−0.1)]
      M = 1 / [1−0.54]
      M = 1 / 0.46
      M = 2.17.

    2. MPC = 0.75.
      Cari ΔY jika Kerajaan menurunkan cukai lump-sum sebanyak RM100 juta.

      Cara Penyelesaian :

      ΔC = 0.75 × 100 = RM75 juta
      ΔY = M. ΔC
      ΔY = [1/(1 − MPC)] × ΔC
      ΔY = [1/(1 −0.75)] ×RM75 juta
      ΔY = RM300 juta.