Proses Penciptaan Wang

Katakan Encik A memasukkan RM1000 ke dalam akaun semasanya di bank X. Bank X perlu menyimpan 20% daripada deposit semasa tersebut untuk memenuhi nisbah rizab bank pusat, iaitu RM200. Baki RM800 boleh dipinjamkan kepada Encik B untuk mendapatkan keuntungan. Bank X akan mengeluarkan satu cek bernilai RM800 kepada Encik B.

    Harta (RM)

    Tanggungan (RM)

    Rizab
    Pinjaman

    200
    800

    Deposit semasa

    1000

    Jumlah

    1000

    Jumlah

    1000


Katakan Encik B memasukkan RM800 ke dalam akaun semasanya di bank Y. Ini membolehkan Bank Y menyimpam RM160 (RM800 x 20%) sebagai rizab dan lebihan rizab RM640 (RM800 – RM160) dipinjamkan kepada Encik C untuk mendapatkan keuntungan. Bank Y akan mengeluarkan satu cek bernilai RM640 kepada Encik C.


    Harta (RM)

    Tanggungan (RM)

    Rizab
    Pinjaman

    160
    640

    Deposit semasa

    800

    Jumlah

    800

    Jumlah

    800


Proses penciptaan wang berterusan sehingga tiada lebihan rizab yang boleh dipinjamkan. Ini bermakna semua deposit semasa asal RM1000 daripada Encik A digunakan kesemuanya sebagai rizab oleh semua bank yang terlibat.