Utusan Online
KUALA LUMPUR 6 Dis. - Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, negara tidak akan mengalami kemelesetan ekonomi pada tahun 2009 berdasarkan pelan strategik kerajaan yang menunjukkan hasil positif pada suku pertama tahun hadapan.
Namun, tegasnya, negara tidak boleh terlepas daripada terkena tempias perkembangan negatif ekonomi Amerika Syarikat (AS) selepas penutupan beberapa syarikat gergasi dan krisis pembuangan pekerja di negara itu.
''Berdasarkan senario ekonomi sebenar dan pelan tindakan kerajaan, besar kemungkinan negara kita tidak akan mengalami kemelesetan ekonomi pada 2009.
''Sektor industri negara seperti elektronik akan menerima sedikit kesan akibat kemelesetan ekonomi kerana ia banyak dieksport ke negara-negara Barat,'' katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Wisma Yayasan Ekonomi Sejagat (YES) di sini hari ini.
Turut hadir Pengerusi Amanah Raya Berhad, Datuk Dusuki Ahmad dan Pengarah Urusan Kumpulannya, Datuk Ahmad Rodzi Pawanteh.
Tambah Nor Mohamed, kerajaan telah mengambil inisiatif dengan memperluaskan eksport ke negara Asia seperti China, India dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) bagi mengurangkan kebergantungan pada ekonomi Barat.
Katanya, kerajaan juga mengambil langkah bertindak sebaik sahaja pengumuman pelan ekonomi negara dibuat bagi melihat keberkesanannya dalam menghadapi ketidakstabilan ekonomi dunia.
''Kita perlu memastikan kebanyakan langkah daripada pelan tersebut dilaksanakan pada suku pertama tahun hadapan bagi mengurangkan impak kemelesetan ekonomi,'' ujarnya.
Ditanya sama ada pelaksanaan Inisiatif Kewangan Swasta (PFI) akan diperlahankan atau sebaliknya, Nor Mohamed berkata: ''Pelaksanaan segera akan dilakukan terhadap projek-projek dan PFI yang berdaya maju.''