Pertumbuhan Ekonomi

Pertumbuhan ekonomi ialah pembangunan ekonomi berbentuk fizikal seperti pertambahan keluaran barang dan perkhidmatan, pertambahan infrastruktur dan peningkatan pembangunan ekonomi lain. Ianya merupakan alat untuk mengukur prestasi pembangunan negara.

Pertumbuhan ekonomi ialah peningkatan dalam kegiatan ekonomi yang menyebabkan pertambahan keluaran (KDNK benar) dalam sesebuah ekonomi.

KDNK benar ialah nilai barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan dalam sesebuah negara mengikut harga tetap pada tahun asas.

Pengukur prestasi pembangunan ekonomi berbentuk fizikal misalnya pertambahan jumlah keluaran barang perkilangan, pembangunan infrastruktur, pembangunan jumlah sekolah dll.

Pertumbuhan ekonomi = [KDNK benar tahun baru − KDNK benar tahun asal) / KDNK benar tahun asal] x 100% (cara pengukuran yang lebih sesuai kerana menunjukkan pertambahan output dalam negara berkenaan) atau

Pertumbuhan ekonomi = [KNK benar tahun baru − KNK benar tahun asal) / KNK benar tahun asal] x 100% (cara pengukuran yang kurang sesuai kerana termasuk pertambahan output di luar negara)

Pertumbuhan ekonomi dihitung mengikut harga tetap pada tahun asas untuk mengelakkan pengaruh kesan inflasi.

Kepentingan Kajian Pertumbuhan Ekonomi

Mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan baru kepada penduduk yang semakin bertambah.

Pertumbuhan Kebajikan

  1. Kenaikan taraf hidup masyarakat.
  2. Meningkat ketika Pendapatan Per Kapita (PPK) benar meningkat (apabila pertambahan Pendapatan Negara benar melebihi pertambahan penduduk).
  3. PPK benar ialah pendapatan purata penduduk dalam sesebuah negara mengikut harga tetap pada tahun asas.
  4. Pertumbuhan Kebajikan = [(PPK benar tahun baru − PPK benar tahun asal) / PPK benar tahun asal] x 100%

Kepentingan Kajian Pertumbuhan Kebajikan

  1. Pertumbuhan ekonomi tidak semestinya diikuti oleh pertumbuhan kebajikan / kenaikan taraf hidup masyarakat kerana peratus pertambahan penduduk mungkin melebihi peratus pertambahan KDNK benar, iaitu taraf hidup masyarakat tidak naik tetapi turun.
  2. Di samping itu, pertumbuhan ekonomi hanya mengambil kira pertambahan keluaran (KDNK benar) tanpa mempeduli faktor-faktor lain yang boleh menentukan taraf hidup masyarakat seperti komposisi keluaran, agihan pendapatan, dan eksternaliti negatif.