Penghitungan Pendapatan Negara Dengan Kaedah Keluaran

Di Malaysia, keluaran negara mengambil kira sumbangan nilai ditambah 10 sektor ekonomi mengikut 3 kategori :

Sektor Utama
Pertanian, perhutanan, dan perikanan.
Perlombongan dan kuari.

Sektor Peringkat Kedua
Perkilangan/ pembuatan
pembinaan

Sektor Peringkat Ketiga (Perkhidmatan)
Elektrik, gas dan air.
Pengangkutan, penyimpanan dan perhubungan.
Perdagangan borong dan runcit, hotel dan restoran.
Kewangan, insurans, harta tanah dan perkhidmatan perniagaan.
Perkhidmatan kerajaan.
Perkhidmatan-perkhidmatan lain.

Jumlah nilai ditambah semua sektor ekonomi dalam negara bagi setahun dinamakan Keluaran Dalam Negeri Kasar pada harga pasaran (KDNKhp). Penghitungan KDNKhp adalah mengikut harga tetap (KDNK benar).

KDNKhp Malaysia diperoleh apabila nilai ditambah semua sektor ekonomi dijumlahkan, kemudian ditolak bayaran perkhidmatan bank dan ditambah cukai import.

Bayaran perkhidmatan bank merupakan nilai barang perantaraan dalam sektor kewangan. Item ini ditolak untuk mengelakkan pengiraan dua kali.

Cuti import merupakan cukai tak langsung yang menaikkan harga pasaran bagi barangan keluaran. Item ini ditambah dalam penghitungan KDNKhp.