Minggu | Tarikh | Tajuk |
1 | 4-8 Jan | Pembetulan Peperiksaan Akhir T6R 2009 |
2-6 | 11 Jan-12 Feb | Makroekonomi: Penawaran Wang Dalam Ekonomi Wang Institusi Kewangan Penciptaan Wang / Kredit Wang, Harga, dan Aktiviti Ekonomi |
7 | 15-22 Feb | Tahun Baru Cina |
8-14 (Minggu 11 Cuti Pertengahan Penggal : 15-21 Mac) | 22 Feb - 9 April | Makroekonomi: Masalah Makroekonomi & Dasar Penstabilan Masalah Makroekonomi Dasar Fiskal Belanjawan Negara Malaysia Dasar Kewangan Langkah‐Langkah Untuk Mengatasi Masalah Makroekonomi |
15-21 | 12 April -28 Mei | Makroekonomi: Perdagangan Antarabangsa Alasan Perlunya Perdagangan Antarabangsa Faedah Pengkhususan Aliran Perdagangan Malaysia Kadar Syarat Perdagangan Sekatan Perdagangan Bebas |
22-24 | 31 Mei -20 Jun | CUTI PERTENGAHAN TAHUN |
25-28 | 21 Jun - 16 Julai | Makroekonomi: Kewangan Antarabangsa Pengenalan Imbangan Pembayaran : Konsep dan Komponen Kadar Pertukaran Asing Masalah Makroekonomi Dalam Ekonomi Terbuka & Dasar Kerajaan Globalisasi |
29-32 | 19 Julai - 13 Ogos | Makroekonomi: Pertumbuhan Ekonomi Pertumbuhan & Pembangunan Ekonomi Perbandingan Pertumbuhan Ekonomi Antara Negara Faktor Mempengaruhi Pertumbuhan Ekonomi Faktor Menghalang Pertumbuhan Ekonomi Dasar Kerajaan untuk Mempercepat Pertumbuhan Ekonomi Malaysia |
33-46 | 16 Ogos - 19 Nov | Makroekonomi: Persediaan Menjelang STPM Pakej Ulangkaji Pakej Kertas Model Peperiksaan Percubaan Pakej Pemulihan Pakej Penambah baikan |
CUTI AKHIR TAHUN 2010 |
Makroekonomi STPM
Rancangan Mengajar Tahunan Untuk T6 Atas Sesi 2010
Terangkan tiga langkah bagaimana dasar kewangan dapat mengatasi masalah inflasi dalam sesebuah ekonomi---[6]
Langkah-langkah dasar kewangan untuk mengatasi masalah inflasi adalah dengan mengurangkan penawaran wang dan menaikkan kadar bunga di pasaran. Tiga daripadanya ialah:
Menaikkan nisbah rizab berkanun
Semasa inflasi, bank pusat akan menaikkan nisbah rizab berkanun terhadap simpanan bank perdagangan di bank pusat. Ini menyebabkan keupayaan bank perdagangan untuk memberi pinjaman berkurang. Kuasa beli masyarakat akan berkurang dan permintaan agregat masyarakat turut berkurang. Maka, inflasi dapat diatasi.
Menaikkan kadar bank atau kadar diskaun
Semasa inflasi, bank pusat akan menaikkan kadar bank terhadap pinjaman yang diberikan kepada bank perdagangan. Apabila bank pusat menaikkan kadar bank, ini akan menyebabkan bank perdagangan menaikkan kadar bunga terhadap pinjaman orang ramai. Kadar bunga yang tinggi menyebabkan kos meminjam meningkat dan pinjaman akan berkurang. Perbelanjaan isi rumah turut berkurang. Maka, inflasi dapat diatasi.
Menjual surat jaminan kerajaan
Semasa inflasi, bank pusat akan menjual surat jaminan kerajaan kepada bank perdagangan dan orang ramai. Ini akan menyebabkan penawaran wang berkurang dalam masyarakat. Kuasa beli masyarakat akan berkurang dan permintaan agregat masyarakat turut berkurang. Maka, inflasi dapat diatasi.

Labels: Dasar Kewangan
Bagaimanakah kadar pertukaran mata wang asing ditentukan dalam sistem kadar pertukaran boleh ubah? --- [6]
Kadar pertukaran mata wang asing dalam sistem kadar pertukaran boleh ubah ditentukan melalui interaksi antara permintaan dengan penawaran mata wang asing di pasaran.
Rajah di atas menunjukkan kadar pertukaran antara Ringgit Malaysia dengan Dolar Amerika Syarikat. Keseimbangan dicapai pada titik E apabila keluk permintaan Dolar US (DD) bersilang dengan keluk penawaran Dolar US (SS) pada kadar pertukaran US$1.00 = RM3.60.
Andaikan kadar pertukaran meningkat menjadi US$1.00 = RM3.80. Ini bermakna Ringgit Malaysia mengalami susut nilai. Ini menyebabkan wujud lebihan penawaran Dolar US sebanyak Q2Q1 di pasaran. Lebihan penawaran Dolar US menyebabkan kadar pertukaran turun sehingga mencapai keseimbangan semula pada titik E apabila DD = SS pada kadar pertukaran US$1.00 = RM3.60.
Andaikan kadar pertukaran turun menjadi US$1.00=RM3.40. Ini bermakna Ringgit Malaysia mengalami naik nilai. Ini menyebabkan wujud lebihan permintaan Dolar US sebanyak Q2Q1 di pasaran. Lebihan permintaan Dolar US menyebabkan kadar pertukaran naik sehingga mencapai keseimbangan semula pada titik E apabila DD = SS pada kadar pertukaran US$1.00 = RM3.60.

Labels: Kadar Pertukaran Asing
Subscribe to:
Posts (Atom)