Dengan menggunakan rajah bocoran-suntikan, terangkan proses penentuan keseimbangan pendapatan negara sebuah ekonomi terbuka………..[6]

Keseimbangan pendapatan negara sebuah ekonomi terbuka dicapai apabila S + T + M = I + G + X

Keseimbangan pendapatan negara dicapai pada titik E apabila S + T + M = I + G + X pada pendapatan negara Y0.

Pada pendapatan negara Y1, suntikan, iaitu (I + G + X) ialah Y1a, manakala bocoran, iaitu (S + T + M) ialah Y1b. Oleh itu, suntikan melebihi bocoran sebanyak ab. Lebihan suntikan menyebabkan pendapatan negara bertambah dan akhirnya mencapai keseimbangan pada titik E apabila S + T + M = I + G + X pada pendapatan negara Y0.

Pada pendapatan negara Y2, suntikan, iaitu (I + G + X) ialah Y2c, manakala bocoran, iaitu (S + T + M) ialah Y2d. Oleh itu, bocoran melebihi suntikan sebanyak cd. Lebihan bocoran menyebabkan pendapatan negara berkurang dan akhirnya mencapai keseimbangan pada titik E apabila S + T + M = I + G + X pada pendapatan negara Y0.