Pengkhususan dan Laba (keuntungan) Perdagangan Antarabangsa Akibat Faedah Berbanding (Kaedah Jadual)

  1. Andaian-andaian
    1. Terdapat dua buah negara sahaja yang mengeluarkan dua jenis barang.
    2. kedua-dua buah negara menggunakan dua orang buruh yang sama cekap pada tingkat teknologi yang sama.
    3. mobiliti faktor-faktor pengeluaran adalah sempurna.
    4. ekonomi adalah pada tingkat guna tenaga penuh.
    5. kos pengangkutan adalah sifar.
    6. sistem perdagangan antarabangsa adalah perdagangan bebas.
  2. Contoh

    NegaraKereta
    (buah)
    Motosikal
    (buah)
    Kos Lepas bagi sebuah keretaKos lepas bagi sebuah motosikal
    R100300300/100 = 3 buah motosikal100/300 = 0.3 buah kereta
    S250350350/250 = 1.4 buah motosikal250/350 = 0.7 buah kereta


    1. Pengeluaran Sebelum pengkhususan
      Negara S
      menikmati faedah mutlak dalam kedua-dua pengeluaran kereta dan motosikal.
      Namun begitu, negara R menikmati faedah berbanding dalam pengeluaran motosikal. Harga motosikal lebih murah di negara R. Kos lepas yang ditanngung ialah 0.3 buah kereta sahaja.
      Negara S menikmati faedah berbanding dalam pengeluaran kereta. Harga kereta lebih murah di negara S. Kos lepas yang ditanggung ialah 1.4 buah motosikal sahaja.
    2. Pengeluaran Selepas Pengkhususan

      NegaraKereta (buah)Motosikal (buah)
      R600
      S500


      Pengkhususan membolehkan buruh digunakan dengan lebih cekap. Ini menyebabkan jumlah keluaran kereta di pasaran antarabangsa bertambah daripada 350 buah kepada 500 buah. Walau bagaimanapun, jumlah keluaran motosikal di pasaran antarabangsa telah berkurangan daripada 650 buah kepada 600 buah.
      Pengkhususan antarabangsa masih menguntungkan kerana pertambahan keluaran kereta sebanyak 150 buah hanya melibatkan pengurangan keluaran motosikal sebanyak 50 buah sahaja.

    3. Penentuan Kadar Pertukaran Eksport dan Import
      Kadar pertukaran kereta dan motosikal bergantung kepada persetujuan antara negara R dan S berpandukan harga relatif kereta dan motosikal.
      Memandangkan harga relatif kereta dan motosikal di negara R ialah 1 kereta = 3 motosikal dan harga relatif kereta dan motosikal di negara S ialah 1 kereta = 1.4 motosikal, maka laba perdagangan akan diperoleh oleh kedua-dua buah negara sekiranya kadar pertukaran eksport dan import adalah antara lingkungan harga 1 kereta = 1.4 hingga 3 motosikal.
      Katakan kadar pertukaran yang dipersetujui ialah 1 kereta = 2 motosikal.

    4. Penggunaan Selepas Perdagangan

      NegaraKereta (buah)Motosikal (buah)
      R150300
      S350300


      Katakan negara R ingin mengimport 150 kereta daripada negara S. Memandangkan kadar pertukaran yang dipersetujui ialah 1 kereta = 2 motosikal, ini bererti negara R perlu mengeksport 300 motosikal kepada negara S dan negara S perlu mengeksport 150 kereta kepada negara R.

    5. Laba Perdagangan Antarabangsa
      Selepas perdagangan antarabangsa, penggunaan kereta di negara R +50 buah (100 buah kepada 150 buah). Penggunaan kereta di negara S +100 meter (250 buah kepada 350 buah).
      Penggunaan motosikal di negara R tidak berubah. Penggunaan motosikal di negara S −50 buah (350 buah kepada 300 buah). Pengurangan penggunaan motosikal sebanyak 50 buah (atau 25 buah kereta memandangkan 1 kereta = 2 motosikal) dan peningkatan penggunaan kereta sebanyak 100 buah di negara S bererti negara S tetap menikmati laba perdagangan antarabangsa.