- Andaian-andaian
- terdapat dua buah negara yang mengeluarkan dua jenis barang.
- Kedua-dua buah negara menggunakan dua orang buruh yang sama cekap pada tingkat teknologi yang sama.
- mobiliti buruh adalah sempurna.
- ekonomi adalah pada guna tenaga penuh.
- kos pengangkutan adalah sifar.
- perdagangan bebas diamalkan.
- Kaedah Keluk Kemungkinan Pengeluaran Sebelum Pengkhususan dan Perdagangan
- Keluk kemungkinan pengeluaran AB menggambarkan harga relatif kereta dan motosikal di negara R sebagai 1 kereta = 3 motosikal atau 1 motosikal = 0.3 kereta.
- Keluk kemungkinan pengeluaran PQ menggambarkan harga relatif kereta dan motosikal di negara S sebagai 1 kereta = 1.4 motosikal atau 1 motosikal = 0.7 kereta.
- Secara relatif, harga motosikal di negara R lebih rendah (0.3 kereta): Sudut ABO lebih kecil daripada sudut PQO. Negara R menikmati faedah berbanding dalam pengeluaran motosikal dan harus mengkhusus dalam pengeluaran motosikal.
- Secara relatif, harga kereta di negara S lebih rendah (1.4 motosikal): Sudut QPO lebih kecil daripada sudut BAO. Negara S menikmati faedah berbanding dalam pengeluaran kereta dan harus mengkhusus dalam pengeluaran kereta.
- Titik C menunjukkan pengeluaran sebelum pengkhususan di negara R: 100 buah kereta dan 300 buah motosikal.
- Titik T menunjukkan pengeluaran sebelum pengkhususan di negara S: 250 buah kereta dan 350 buah motosikal.
- Kaedah Keluk Kemungkinan Pengeluaran Selepas Pengkhususan dan Perdagangan
- Titik B menunjukkan pengkhususan negara R dalam pengeluaran motosikal.
- Titik P menunjukkan pengkhususan negara S dalam pengeluaran kereta.
- Kadar pertukaran terletak antara harga relatif kereta dan motosikal di negara R (1 kereta = 3 motosikal) dan negara S (1 kereta = 1.4 motosikal). Andaikan bahawa kadar pertukaran yang dipersetujui ialah 1 kereta = 2 motosikal. Ini digambarkan oleh garis BE di negara R dan garis PV di negara S.
- Sekiranya negara R ingin menggunakan 300 buah motosikal dalam negara, negara R akan mengeksport 600 − 300 = 300 buah motosikal ke negara S dan mengimport 300 x 0.5 = 150 buah kereta dari negara S. Titik D menunjukkan titik penggunaan negara R selepas perdagangan dilakukan.
- Apabila negara S mengimport 300 buah motosikal dari negara R, negara S akan mengeksport 150 buah kereta ke negara R dan mengguna 500 − 150 = 350 buah kereta dalam negara. Titik U menunjukkan titik penggunaan negara S selepas perdagangan dilakukan.
- Kaedah Keluk Kemungkinan Pengeluaran: Laba Perdagangan Antarabangsa
- Jumlah barang yang dinikmati setelah perdagangan antarabangsa adalah lebih banyak daripada yang dikeluarkan dalam negara. Ini ditunjukkan oleh titik D negara R dan titik U negara S.
- Jumlah kereta yang dapat digunakan di negara R selepas perdagangan telah bertambah daripada 100 buah kepada 150 buah.
- Jumlah kereta yang dapat digunakan di negara S selepas perdagangan telah bertambah daripada 250 buah kepada 350 buah.
- Jumlah motosikal yang dapat digunakan di negara S selepas perdagangan telah berkurangan daripada 350 buah kepada 300 buah. Namun begitu, negara S masih memperoleh laba daripada perdagangan antarabangsa. Sebelum perdagangan antarabangsa, tambahan 100 buah kereta (daripada 250 buah kepada 350 buah) melibatkan pengurangan motosikal sebanyak 100 x 1.4 =140 buah (harga relatif ialah 1 kereta = 1.4 motosikal).. Kini, negara S hanya perlu melepaskan 50 buah motosikal sahaja.
- Kesimpulan: Perdagangan antarabangsa membolehkan negara-negara mencapai tingkat penggunaan di luar Keluk Kemungkinan Pengeluaran walaupun pada tingkat guna tenaga penuh.
Pengkhususan dan Laba (keuntungan) Perdagangan Antarabangsa Akibat Faedah Berbanding (Kaedah Rajah)
Labels: Faedah Pengkhususan