Pendapatan Per Kapita (PPK)
Pendapatan Per Kapita ialah pendapatan purata penduduk-penduduk dalam sebuah negara pada tahun tertentu.
Rumus Mengira Pendapatan Per Kapita
Pendapatan per kapita bagi sesebuah negara diperoleh dengan membahagikan pendapatan negara pada suatu tahun dengan jumlah penduduk dalam negara tersebut pada tahun yang sama.
Pendapatan Per Kapita = Pendapatan Negara / Jumlah Penduduk
Rumus Mengira Pendapatan Per Kapita
Pendapatan per kapita bagi sesebuah negara diperoleh dengan membahagikan pendapatan negara pada suatu tahun dengan jumlah penduduk dalam negara tersebut pada tahun yang sama.
Pendapatan Per Kapita = Pendapatan Negara / Jumlah Penduduk
Sebagai contoh, jika pendapatan negara M pada satu tahun berjumlah RM1,000,000 dan jumlah penduduk ialah 1,000 orang, maka
Pendapatan Per Kapita | = Pendapatan Negara / Jumlah Penduduk |
= RM1,000,000 / 1,000 = RM1,000 |
Berdasarkan contoh, pendapatan per kapita negara M bernilai RM1,000, bermaksud pendapatan purata bagi setiap penduduk pada tahun itu ialah RM1,000 setahun.
Kelemahan Pendapatan Per Kapita sebagai Pengukur Taraf Kebajkan
- Ia tidak mengambil kira corak pengagihan pendapatan dalam masyarakat.
Walaupun pendapatan per kapita benar meningkat, taraf hidup rakyat tidak meningkat jika corak pengagihan pendapatan dalam masyarakat adalah tidak setara. - Ia tidak mengambil kira kualiti barang.
Jika pendapatan per kapita benar meningkat tetapi kualiti barang jatuh, maka pertumbuhan kebajikan (taraf hidup) masyarakat akan jatuh. - Ia tidak mengambil kira kesan luaran yang negatif.
Jika pendapatan per kapita benar meningkat, pertumbuhan kebajikan masyarakat akan jatuh jika berlaku masalah pencemaran dalam ekonomi.
Kesan luaran yang negatif akan merosakkan alam sekitar dan menjejaskan taraf hidup masyarakat.