Kesan Pengenaan Tarif

  1. Sebelum perdagangan antarabangsa, DD=keluk permintaan dan SS=keluk penawaran.
  2. Selepas perdagangan antarabangsa, keluk penawaran=SASA. Tingkat harga kereta 0P0. Jumlah permintaan kereta=0Q3. Jumlah penawaran kereta dalam negara =0Q0. Jumlah kereta diimport=Q0Q3.
  3. Selepas tarif sebesar P0P1 dikenakan, keluk penawaran=STST. Tingkat harga kereta 0P1. Jumlah permintaan kereta=0Q2. Jumlah penawaran kereta dalam negara =0Q1. Jumlah kereta diimport=Q1Q2.
  4. Kesan Positif Tarif
    1. Harga kereta meningkat.
    2. Permintaan kereta menurun.
    3. Penawaran kereta dalam negara meningkat/ Pertumbuhan industri pengganti import.
    4. Jumlah kereta diimport berkurangan/ Perbelanjaan import menurun.
    5. Hasil kerajaan=CEGH.
    6. Peningkatan guna tenaga dan pengurangan kadar pengangguran.
  5. Kesan Negatif Tarif
    1. Herotan (Distortion) dalam peruntukan sumber apabila sumber yang mungkin boleh digunakan dengan lebih cekap di industri lain dialihkan ke industri pengganti import.
    2. Pengguna terpaksa menanggung perbelanjaan yang lebih besar akibat tarif.
    3. Pengguna menikmati barangan kurang bermutu seandainya perlindungan industri tempatan tidak disertai dengan peningkatan mutu barang.
    4. Kekurangan persaingan dari luar negara mungkin mengurangkan galakan industri pengganti import untuk meninggikan kecekapan pengeluaran.
    5. Tindak balas yang sama dari negara-negara yang dikenakan tarif. Ini akan menjejaskan perkembangan industri eksport negara.