Kadar syarat perdagangan di negara maju lebih baik berbanding dengan negara membangun

Kadar syarat perdagangan di negara maju lebih baik berbanding dengan negara membangun sebab di negara maju, indeks harga eksport cenderung melebihi indeks harga import. Keadaan ini berlaku disebabkan perbezaan corak eksport dan import antara negara maju dengan negara membangun.

Barang eksport kebanyakan negara maju terdiri daripada barang perkilangan atau barang akhir. Barang-barang seperti ini biasanya dieksport pada harga yang tinggi. Barang import negara maju pula terdiri daripada bahan mentah atau barang pertanian yang biasanya dibeli daripada negara membangun pada harga yang rendah.

Oleh sebab harga eksport lebih tinggi dan harga import lebih rendah di negara maju, kadar syarat perdagangan di negara maju adalah lebih baik berbanding dengan negara membangun.