Kesanggupan sesebuah negara untuk mengeluarkan lebih banyak barang tertentu daripada negara lain berdasarkan sejumlah faktor pengeluaran dan tingkat teknologi yang sama.
Negara | Kain (meter) | Basikal |
---|---|---|
X | 1000 | 200 |
Y | 800 | 400 |
Negara X mempunyai faedah mutlak dalam pengeluaran kain (lebih banyak kain).
Negara Y mempunyai faedah mutlak dalam pengeluaran basikal (lebih banyak basikal).
Perdagangan di antara negara X dan negara Y akan menguntungkan kedua-dua buah negara tersebut.