Kaedah Keluaran (Nilai Ditambah)

Mengikut kaedah Keluaran, pendapatan negara dikira dengan menjumlahkan semua nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh sektor-sektor ekonomi dalam sesebuah negara dalam satu jangka masa tertentu, biasanya dalam masa setahun.

Untuk mengelakkan masalah pengiraan dua kali, pendapatan negara dikira dengan menjumlahkan nilai ditambah yang dicipta oleh sektor-sektor ekonomi .

Konsep Nilai Ditambah Dalam kes pengiraan nilai ditambah (tanpa barang import)

Nilai Ditambah = Nilai Barang Akhir

Jenis KeluaranKeluaranNilai Keluaran (RM)Nilai ditambah (RM)
Barang PerantaraanGandum100100 − 0 = 100
Barang PerantaraanTepung gandum200200 − 100 = 100
Barang AkhirRoti300300 − 200 = 100
Jumlah (RM)600300

Jumlah nilai ditambah untuk membuat roti ialah RM300 (100 + 100 + 100), iaitu sama dengan nilai barang akhir, iaitu roti bernilai RM300.

Nilai barang perantaraan (barang yang perlu diproses selanjutnya) tidak dicampurkan untuk mengelakkan masalah pengiraan dua kali.

Dalam kes pengiraan nilai ditambah (dengan barang import)

Nilai Ditambah = Nilai Barang Akhir − Nilai Barang Import

Jenis KeluaranKeluaranNilai Keluaran (RM)Nilai ditambah (RM)
Barang ImportGandum100100 − 100 = 0
Barang PerantaraanTepung gandum200200 − 100 = 100
Barang AkhirRoti300300 − 200 = 100
Jumlah (RM)600200

Jumlah nilai ditambah untuk membuat roti ialah RM200 (100 + 100), iaitu sama dengan nilai barang akhir tolak nilai barang import (gandum), bernilai RM200 (300 − 100).

Nilai barang import (barang yang dibeli dari negara asing) ditolak kerana kaedah keluaran hanya mengambil kira nilai keluaran dalam negara sahaja.

Nilai ditambah dihitung untuk mengelakkan maslah pengiraan dua kali yang menjejaskan ketepatan data pendapatan negara.