Institusi Kewangan Islam - Syarikat Takaful

Syarikat Insurans Islam yang memberi perlindungan kewangan kepada rakyat umum di Malaysia berdasarkan prinsip tolong-menolong dalam menghadapi sebarang bencana.

Mengamalkan prinsip Al-Mudharabah: syarikat takaful bertindak sebagai pengusaha yang menguruskan caruman premium peserta dan menyalurkan caruman premium tersebut kepada pelaburan yang halal.

95% caruman premium peserta ditabungkan untuk tujuan pelaburan. Baki 5% diperuntukkan sebagai bayaran manfaat takaful (pampasan) kepada peserta-peserta yang ditimpa kemalangan.

Keuntungan Syarikat Takaful dibahagikan antara syarikat Takaful dan para pesertanya mengikut perjanjian.