Guna Tenaga dan Pengangguran

Tenaga Buruh

Jumlah penduduk dalam usia kerja 15-64 tahun yang sedang bekerja atau sedang aktif mencari pekerjaan. Tidak termasuk suri rumah dan pelajar lepasan SPM/STPM kerana mereka tidak aktif bekerja atau aktif mencari kerja.

Kadar Tenaga Buruh = (Jumlah Tenaga Buruh / Jumlah Penduduk) x 100%

Kadar Pertumbuhan Tenaga Buruh = [(Tenaga Buruh Baru - Tenaga Buruh Asal) / Tenaga Buruh Asal] x 100%

Guna Tenaga

Guna tenaga ialah tenaga buruh yang terlibat dalam kegiatan ekonomi untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan.

Guna tenaga ialah jumlah tenaga buruh yang sedang mempunyai pekerjaan.

Guna tenaga ialah jumlah tenaga buruh yang digunakan secara produktif dalam mengeluarkan output negara.

Contohnya, jumlah tenaga buruh ialah 1.2 juta orang, maka jika hanya 1 juta orang mendapat kerja, ini bermakna guna tenaga ialah berjumlah 1 juta orang.

Guna Tenaga = Tenaga Buruh − Jumlah Penganggur

Pertambahan guna tenaga bererti

  1. Jumlah Penganggur menurun.
  2. Pendapatan Negara / Keluaran Negara meningkat.
  3. Taraf Hidup rakyat meningkat dll.

Kadar Guna Tenaga = (Guna Tenaga / Tenaga Buruh) x 100%

Kadar Pertumbuhan Guna Tenaga = [(Guna Tenaga Baru − Guna Tenaga Asal) / Guna Tenaga Asal] x 100%

Pertambahan Kadar Guna Tenaga bererti

  1. Kadar pengangguran menurun.
  2. Pencapaian ekonomi semakin meningkat.

Pengangguran

Pengangguran ialah tenaga buruh yang ingin dan sanggup bekerja tetapi masih belum mendapat pekerjaan.

Masalah ekonomi di mana sebilangan tenaga buruh yang sanggup bekerja tidak mendapatkan pekerjaan.

Punca-punca pengangguran:

  1. Penggantian buruh dengan mesin.
  2. kemunduran industri.
  3. kemelesetan ekonomi dll.

Jumlah Penganggur

Jumlah penganggur ialah jumlah tenaga buruh yang sanggup bekerja tetapi tidak mendapat pekerjaan.

Contohnya, jumlah tenaga buruh ialah 1.2 juta orang, maka jika hanya 1 juta orang mendapat pekerjaan, ini bermakna jumlah penganggur adalah berjumlah 0.2 juta orang.

Kadar Pengangguran

Kadar pengangguran ialah kadar peratus jumlah tenaga buruh yang tidak mendapat pekerjaan berbanding jumlah tenaga buruh.

Contohnya, jika jumlah tenaga buruh ialah 1.2 juta orang dan jumlah penganggur ialah 0.2 juta orang, ini bermakna kadar pengangguran ialah 16.7%.

Kadar Pengangguran = (Jumlah Penganggur / Tenaga Buruh) x 100%

Penurunan kadar pengangguran bererti

  1. kadar guna tenaga meningkat
  2. pendapatan negara / keluaran negara meningkat
  3. pencapaian ekonomi meningkat.

Ekonomi mencapai guna tenaga penuh apabila kadar pengangguran pada paras 4% atau kurang. Semasa guna tenaga penuh, sebilangan besar pengangguran berbentuk pengangguran geseran sahaja.

    Kepentingan Kajian Guna Tenaga / Pengangguran

    1. Memastikan bekalan tenaga buruh mahir sentiasa mencukupi supaya daya pengeluaran negara sentiasa meningkat.
    2. Meningkatkan keluaran negara / pendapatan negara dan seterusnya meningkatkan pertumbuhan ekonomi.
    3. Meningkatkan pendapatan per kapita negara dan seterusnya meningkatkan kemakmuran masyarakat dan kebajikan penduduk.