Faedah berbanding ialah faedah yang dinikmati sesebuah negara apabila negara tersebut dapat mengeluarkan sesuatu barang dengan kos melepas yang lebih rendah daripada negara lain dengan menggunakan kuantiti sumber ekonomi yang sama dan tingkat teknologi yang sama.
Negara | Kereta (buah) | Motosikal (buah) | Kos Lepas bagi sebuah kereta | Kos lepas bagi sebuah motosikal |
---|---|---|---|---|
R | 100 | 300 | 300/100 = 3 buah motosikal | 100/300 = 0.3 buah kereta |
S | 250 | 350 | 350/250 = 1.4 buah motosikal | 250/350 = 0.7 buah kereta |
Berdasarkan jadual di atas, dengan menggunakan kuantiti faktor yang sama dan tingkat teknologi yang sama, negara S adalah lebih cekap (mempunyai faedah mutlak) dalam pengeluaran kereta dan motosikal berbanding dengan negara R. Dalam situasi sedemikian, sama ada perdagangan antarabangsa dapat dijalankan antara kedua-dua negara ini bergantung pada kos melepas yang dilibatkan oleh kedua-dua buah negara dalam mengeluarkan getah dan beras.
Berdasarkan jadual di atas, negara R mempunyai kos melepas yang lebih rendah dalam pengeluaran motosikal berbanding dengan negara S. Sebaliknya, negara S mempunyai kos melepas yang lebih rendah dalam pengeluaran kereta berbanding dengan negara R. Oleh itu, negara R mempunyai faedah berbanding dalam pengeluaran motosikal, manakala negara S mempunyai faedah berbanding dalam pengeluaran kereta.
Negara | Radio (buah) | Perabot (buah) | Kos Lepas per unit radio | Kos lepas per unit perabot |
---|---|---|---|---|
X | 10 | 20 | 20/10 = 2 unit perabot | 10/20 = 0.5 unit radio |
Y | 5 | 10 | 10/5 = 2 unit perabot | 5/10 = 0.5 unit radio |
Kes di atas menunjukkan kos lepas bagi pengeluaran perabot dan radio adalah sama di kedua-dua buah negara tersebut. Maka kedua-dua negara tidak mempunyai faedah berbanding dalam pengeluaran radio atau perabot. Oleh itu, tidak wujud perdagangan antarabangsa.