Format Peperiksaan

Peperiksaan bagi mata pelajaran ini terdiri daripada dua kertas, dan calon dikehendaki mengambil kedua-dua kertas, iaitu
(a) Kertas 1: Mikroekonomi (Kertas 944/1)
(b) Kertas 2: Makroekonomi (Kertas 944/2)
Kertas 2 : makroekonomi (3 jam)
Kertas ini terdiri daripada empat bahagian, iaitu Bahagian A, B, C, dan D.

Bahagian A
(30 markah)
Soalan Aneka Pilihan
Bahagian ini terdiri daripada 30 soalan wajib yang berbentuk aneka pilihan yang meliputi tajuk dalam Bahagian Makroekonomi dan Ekonomi Malaysia.
Bahagian B
(30 markah)
Soalan Esei Ringkas
Bahagian ini terdiri daripada 8 soalan jenis esei ringkas. Calon dikehendaki menjawab 5 soalan.
Bahagian C
(20 markah)
Soalan Esei Panjang
Bahagian ini terdiri daripada 4 soalan jenis esei panjang. Calon dikehendaki menjawab 2 soalan.
Bahagian D
(20 markah)
Soalan Kuantitatif
Bahagian ini terdiri daripada 4 soalan jenis kuantitatif. Calon dikehendaki menjawab 2 soalan.

Bagi setiap kertas, masa yang diperuntukkan bagi menjawab Bahagian A ialah 1 jam dan Bahagian B, C, dan D ialah 2 jam.

Rumusan tentang kertas, nama kertas, jenis soalan, bilangan soalan yang dikemukakan dan yang perlu dijawab, masa ujian, markah dan wajaran adalah seperti yang dinyatakan pada jadual di bawah ini.

KertasNama KertasJenis SoalanBilangan SoalanMasa UjianMarkahWajaran
2Makroekonomi
A:
Aneka Pilihan
301 jam3010050%
B:
Esei Ringkas
5 daripada 8
2 jam
30
C:
Esei Panjang
2 daripada 4
20
D:
Kuantitatif
2 daripada 4
20