Berdasarkan Teori Kuantiti Wang Klasik, terangkan hubungan antara penawaran wang dengan tingkat harga umum dalam sesebuah ekonomi ..........[6]

Persamaan Teori Kuantiti Wang Fisher ialah MV = PT, dengan M ialah bekalan wang, V ialah halaju pusingan wang, P ialah tingkat harga dan T ialah urus niaga.

Andaian teori ini ialah V dan T adalah tetap dan ekonomi sentiasa berada dalam tingkat guna tenaga penuh.

Hubungan antara penawaran wang dengan tingkat harga umum adalah positif, iaitu apabila M naik, P naik dengan kadar yang sama.

Misalnya, apabila M naik sebanyak 10%, P juga naik sebanyak 10%.