- Ketidakstabilan harga komoditi utama.
- Daya pengeluaran yang rendah.
- Keupayaan menyerap guna tenaga yang rendah.
- Pendapatan yang lebih rendah.
- Kepupusan sumber asli.
Penurunan sumbangan sektor pertanian tidak dapat dielakkan kerana ketidakstabilan harga komoditi utama, kehausan sumber asli, dan daya pengeluaran yang lebih rendah. Namun begitu, Malaysia menegaskan dasar pembangunan seimbang dan bersepadu dalam sektor-sektor perkilangan dan pertanian untuk mencapai ekonomi yang lebih saksama. Ini kerana sektor pertanian adalah sangat penting sebagai sumber utama pembekalan makanan kepada rakyat tempatan serta sumber bahan mentah yang penting kepada pertumbuhan sektor perindustrian dalam negara.