Perbandingan Pendapatan Negara di antara negara-negara bertujuan membandingkan taraf hidup rakyat di antara negara-negara yang berlainan.
Masalah Perbandingan Pendapatan Negara di antara negara-negara wujud kerana faktor-faktor berikut yang turut mempengaruhi taraf hidup rakyat negara maju dan kurang maju tidak diambil kira:
- Perbezaan dalam jumlah penduduk
Perbandingan nilai pendapatan negara antara negara-negara maju dan kurang maju adalah kurang tepat jika faktor jumlah penduduk tidak diambil kira. Ukuran Pendapatan Per Kapita (PPK) merupakan pengukur yang lebih tepat untuk membandingkan taraf hidup di antara negara-negara. - Perbezaan dalam Komposisi Keluaran
Negara maju seperti Amerika Syarikat membelanjakan sebahagian besar pendapatan negara ke atas keluaran senjata api dan ujian angkasa lepas yang tidak memberi faedah/utiliti kepada rakyat secara langsung. Oleh itu, nilai pendapatan negara yang tinggi tidak bermakna taraf hidup adalah tinggi.
Negara kurang maju selalu membelanjakan sebahagian besar pendapatan negara ke atas keluaran barang pengguna dan barang modal yang membawa manfaat kepada rakyat secara langsung. Nilai pendapatan negara yang rendah tidak semestinya bermakna taraf hidup rakyat adalah rendah.
Perbandingan pendapatan negara harus mengambil kira perbezaan dalam komposisi keluaran. - Perbezaan dalam penaksiran butir-butir pendapatan negara
Sesetengah negara mengambil kira pelacuran dan perjudian dalam penghitungan pendapatan negara. Sesetengah negara menganggapnya sebagai kegiatan haram.
Sesetengah negara mengambil kira bayaran pindahan kerajaan sebagai komponen pendapatan negara tetapi negara-negara lain tidak.
Oleh itu, butir-butir pendapatan negara harus dikenalpasti apabila membuat perbandingan pendapatan negara di antara negara-negara. - Perbezaan Dalam tingkat harga umum
Negara maju mempunyai tingkat harga umum yang lebih tinggi daripada negara kurang maju. Keadaan ini menyebabkan negara maju mempunyai nilai pendapatan negara yang lebih tinggi daripada negara kurang maju.
Untuk mengatasi masalah perbezaan tingkat harga umum, pendapatan negara benar harus dibandingkan. - Perbezaan dalam jumlah kegiatan produktif yang tidak dibayar dengan wang
Kebanyakan kegiatan produktif di negara maju seperti membersihkan rumah, membasuh baju, dan memotong rumput dilakukan oleh pekerja yang diupah dengan wang. Ini meninggikan nilai pendapatan negara di negara maju.
Kebanyakan kegiatan produktif di negara kurang maju dilakukan sendiri / tidak dibayar dengan wang. Ini merendahkan nlai pendapatan negara di negara kurang maju.
Untuk membuat perbandingan taraf hidup di antara negara-negara, perbezaan dalam jumlah kegiatan produktif yang tidak dibayar dengan wang harus dikenalpasti. - Perbezaan dalam pengagihan pendapatan
Perbezaan dalam pengagihan pendapatan harus diambilkira apabila membandingkan pendapatan negara di antara negara-negara. - Perbezaan dalam nilai mata wang
Untuk mengatasi masalah ini, nilai pendapatan negara yang hendak dibandingkan harus dilakukan berdasarkan sebutan mata wang yang sama. - perbezaan-perbezaan lain
- Perbezaan dalam jumlah masa kerja dan masa rehat
- Perbezaan dalam eksternaliti negatif
- Perbezaan kestabilan politik dan sosial