Mikroekonomi didefinisikan sebagai bidang ekonomi yang menumpukan kajian terhadap aktiviti-aktiviti ekonomi yang dilakukan oleh unit-unit kecil di dalam ekonomi.
Kajian mikroekonomi dibuat terhadap aktiviti ekonomi yang dilakukan oleh individu, firma, dan kerajaan, misalnya kajian mengenai kesan kenaikan pendapatan individu terhadap permintaan individu dan kenaikan harga barang terhadap penawaran firma.
Secara umum, bidang kajian mikroekonomi meliputi teori harga, teori permintaan dan penawaran, teori pengeluaran, teori pasaran dan teori agihan.