Konsep Kaedah Perbelanjaan
Pendapatan Negara dikira dengan menjumlahkan semua perbelanjaan ke atas keluaran negara yang dilakukan oleh pelbagai golongan pembeli. Ini termasuk :
KNKhp = C + I + G + X − M + ∆i + YB
- Perbelanjaan Penggunaan Awam oleh sektor kerajaan ke atas barang akhir dan perkhidmatan. (G)
- Perbelanjaan Penggunaan Swasta oleh sektor swasta ke atas barang akhir dan perkhidmatan. (C)
- Pembentukan Modal Tetap Kasar Awam (Pelaburan Awam) oleh sektor kerajaan ke atas mesin dan jentera. (I)
- Pembentukan Modal Tetap Kasar Swasta (Pelaburan Swasta) oleh sektor swasta ke atas mesin dan jentera. (I)
- Perubahan Dalam Inventori (Nilai stok simpanan yang belum dijual)(∆i)
- Eksport Bersih (Xn) = Eksport − Import
- Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara
YB = YL − BL
KNKhp = C + I + G + X − M + ∆i + YB