Institusi Kewangan Islam - Bank Islam

Contoh: Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)

Kegiatan kewangan berasaskan hukum syarak

Fungsi-Fungsinya

  1. Menerima deposit mengikut prinsip Al-Wadiah: BIMB bertindak sebagai pemegang amanah deposit tunai penabung-penabungnya. Dividen dibayar jika BIMB memperoleh keuntungan.
  2. Memberi Pinjaman Mengikut Prinsip Al-Murabahah Dan Al-Musyarakah
  3. Prinsip Al-Murabahah: BIMB membeli harta/benda untuk pelanggannya. Harta/benda tersebut dijual kepada pelanggannya pada harga yang lebih tinggi yang dipersetujui (harga belian + untung). Pelanggannya akan menjelaskan bayaran secara ansuran mengikut perjanjian.
  4. Prinsip Al-Musyarakah: BIMB menyumbangkan sebahagian modal untuk membiayai projek pelanggannya. BIMB dan peminjam berkongsi pengurusan. Pembahagian keuntungan/kerugian berdasarkan nisbah sumbangan modal yang dipersetujui.
  5. Memajak harta atau barang mengikut prinsip Al-Ijarah: BIMB membeli harta/benda untuk pelanggannya. Harta/benda tersebut kemudiannya dipajak kepada pelanggannya mengikut kadar sewa dan tempoh penyewaan yang dipersetujui.
  6. Memberikan kemudahan sewa beli mengikut prinsip Al-Takjiri : BIMB akan menyewakan harta/benda kepada pelanggannya, misalnya kererta, pada kadar sewa dan tempoh penyewaan yang dipersetujui. Penyewa dibenarkan membeli harta/benda tersebut selepas tempoh penyewaan mengikut harga dan syarat yang dipersetujui.
  7. Memberi jaminan hutang mengikut Prinsip Al-Kafalah : BIMB menjadi penjamin kepada pelanggan tentang kesanggupannya memenuhi segala tanggungan terhadap pihak ketiga.