Tabungan (S) ialah pendapatan yang tidak dibelanjakan.
S dipengaruhi oleh pendapatan negara (Y) dan pendapatan boleh guna (Yd).
Dalam Ekonomi dua sektor, Y = Yd kerana tiada unsur cukai dikenakan ke atas isi rumah dan firma.
Apabila Y ↑ atau Yd ↑, maka S ↑. Begitu juga sebaliknya.
Jadual Tabungan
Huraian: - Y↑, S↑
- Y = 0, S = −100 : Tabungan masa-masa lalu isi rumah berkurangan sebanyak RM100 untuk membayar penggunaan autonomi isi rumah / makan tabungan.
- Y = 200, S = 0 : Semua pendapatan dibelanjakan.
- Fungsi Tabungan : Keluk yang menunjukkan hubungan antara Yd atau Y dengan S.
Huraian : Fungsi tabungan berkecerunan positif : Hubungan Y dan S adalah secara langsung.
- Persamaan Tabungan : S = c + dY dimana
c = tabungan autonomi
dY = tabungan teraruh / aruhan / S dipengaruhi oleh ∆Y