Penggunaan (C) ialah perbelanjaan isi rumah terhadap barangan tawaran firma.
Fungsi penggunaan menunjukkan hubungan antara tingkat penggunaan semua isi rumah dengan tingkat pendapatan boleh guna dalam sebuah ekonomi.
Fungsi penggunaan dalam ekonomi dua sektor dapat ditunjukkan melalui persamaan berikut:
C = a + bYd
dimana
C = Penggunaan
a = Penggunaan autonomi
b = Kecenderungan mengguna sut
Yd = Pendapatan boleh guna
Nota : Memandangkan tiada unsur cukai dikenakan ke atas isi rumah dan firma dalam Ekonomi dua sektor, Y = Yd , Oleh itu, fungsi pnggunaan ekonomi dua sektor boleh ditulis sebagai
C = a + bY.
- Y↑, C↑
- Y = 0, C = 100 : Penggunaan autonomi / perbelanjaan isi rumah yang tidak dipengaruhi
oleh pendapatan negara. - Y = 200, C = 200 : Semua pendapatan dibelanjakan; Tabungan S = 0.
- Fungsi Penggunaan : Keluk yang menunjukkan hubungan antara Yd atau Y dengan C.
- Huraian : Fungsi penggunaan bercerunan positif menunjukkan bahawa hubungan Y dan C adalah secara langsung.