Kecenderungan Menabung Sut (MPS): Semakin tinggi MPS, semakin besarlah tabungan. Antara faktor-faktor mempengaruhi MPS / Tabungan termasuk:
- Pengagihan pendapatan dalam negara tidak setara (golongan miskin diabaikan) meningkatkan MPS dan S.
- Semakin besar pendapatan dari sumber harta kekayaan, semakin tinggi MPS dan S.
- Kemudahan sewa beli dan kredit menurunkan MPS dan S.
- Kenaikan kadar bunga meningkatkan MPS dan S.
- Jangkaan pengguna rasional bahawa tingkat harga umum akan turun pada masa hadapan akan meninggikan MPS dan S.
- MPS dan S menurun apabila wujudnya penciptaan barang baru dalam pasaran.