
Permintaan wang untuk tujuan urus niaga merupakan permintaan wang untuk membeli barang dan perkhidmatan. Permintaan wang untuk tujuan urus niaga dipengaruhi oleh pendapatan negara. Semakin tinggi pendapatan negara, semakin tinggi permintaan wang untuk tujuan urus niaga. Ini dapat ditunjukkan pada rajah (a). Pada pendapatan negara Y
0, permintaan wang untuk tujuan urus niaga ialah M
0. Apabila pendapatan negara meningkat ke Y
1, permintaan wang untuk tujuan urus niaga meningkat ke M
1. Ini bermakna wujud hubungan positif antara permintaan wang untuk tujuan urus niaga dengan pendapatan negara.

Permintaan wang untuk tujuan spekulasi merupakan permintaan wang untuk mendapat keuntungan dengan membeli bon pada harga rendah dan menjual semula pada harga tinggi. Permintaan wang untuk tujuan spekulasi dipengaruhi oleh kadar bunga. Semakin tinggi kadar bunga, semakin rendah harga bon dan permintaan wang untuk tujuan spekulasi akan berkurang. Sebaliknya, semakin rendah kadar bunga, semakin tinggi harga bon dan permintaan wang untuk tujuan spekulasi akan meningkat. Ini dapat ditunjukkan pada rajah (b). Pada kadar bunga yang tinggi, iaitu r
0, permintaan wang untuk tujuan spekulasi ialah M
0. Apabila kadar bunga turun ke r
1, permintaan wang untuk tujuan spekulasi meningkat ke M
1. Ini menunjukkan wujud hubungan negatif antara permintaan wang untuk tujuan spekulasi dengan kadar bunga.