Cukai Berkadar

(a) Takrifkan cukai berkadar. ……….[2]
(b) Dengan menggunakan contoh berangka dan rajah, terangkan kesan cukai berkadar terhadap fungsi penggunaan……….[4]

(a) Cukai berkadar ialah cukai yang kadarnya adalah tetap pada pelbagai tingkat pendapatan negara. Misalnya, cukai dikenakan sebanyak 20% daripada pendapatan negara (0.2Y). Walaupun kadar cukai adalah tetap, jumlah cukai yang dibayar semakin bertambah apabila pendapatan bertambah. Contoh cukai berkadar ialah cukai keuntungan syarikat.

(b) Fungsi penggunaan sebelum cukai berkadar ialah

C0 = a + bYd

Fungsi penggunaan selepas cukai berkadar ialah

C1 = a + b(Y – T)

Contoh:
Fungsi penggunaan sebelum cukai berkadar ialah
C0 = 100 + 0.8Yd

Cukai berkadar dikenakan sebanyak 0.2Y. Oleh itu, fungsi penggunaan selepas cukai berkadar ialah
C1 = 100 + 0.8(Y – 0.2Y)
     = 100 + 0.8Y – 0.16Y
C1 = 100 + 0.64Y

Ini bermakna fungsi penggunaan sebelum dan selepas cukai berkadar adalah berbeza dari segi niai b, iaitu MPC, dengan b sebelum cukai berkadar ialah 0.8Y, manakala b selepas cukai berkadar ialah 0.64Y. Nilai a, iaitu penggunaan autonomi tidak berubah, iaitu tetap 100. Ini bermakna keluk penggunaan selepas cukai berkadar akan menjadi lebih landai seperti ditunjukkan pada rajah di bawah.